Pages

Thursday, March 5, 2009

Mini Bajet RM10 bilion dibentang minggu depan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan atau bajet mini dengan peruntukan RM10 bilion dibacakan di Dewan Rakyat hari ini.

Daripada RM10 bilion tersebut, RM5 bilion diperuntukan untuk tujuan pembangunan manakala baki RM5 bilion untuk tujuan operasi.

Bagaimanapun jumlah peruntukan tersebut akan ditambah semasa perbahasan minggu depan.

Melalui bajet mini yang akan dibentangkannya di Dewan Rakyat pada 10 Mac ini kerajaan akan menekankan usaha meningkatkan permintaan domestik dan mewujudkan dasar kewangan yang lebih mudah serta insentif-insentif yang akan diperkenalkan.

No comments:

Posting Terkini