Pages

Thursday, March 5, 2009

100,000 WANITA DI INDIA MAUT DIBAKAR SETIAP TAHUN

NEW DELHI: Lebih daripada 100,000 wanita muda India terbunuh akibat dibakar setiap tahun, kebanyakannya akibat sengketa rumah tangga.

Rencana yang disiar di laman web perubatan Britain, The Lancet, melaporkan wanita muda India berdepan risiko tiga kali lebih tinggi berbanding lelaki mati dibakar.

Majoriti mangsa berusia antara 15 dengan 34 tahun.

Penderaan rumah tangga amat serius di India.

Ada antara mangsa dibunuh akibat perselisihan pembayaran wang hantaran. Dalam kes serupa itu, tubuh mereka dicurah minyak dan kemudian dibakar.

Namun, kes serupa itu cuba disembunyikan dan sebaliknya didakwa berlaku kerana kemalangan di dapur.

Kaji selidik yang dijalankan buat pertama kali oleh penyelidikan Amerika Syarikat itu menunjukkan sekitar 163,000 kematian pada 2001 disebabkan dibakar.

Jumlah itu membentuk 2 peratus daripada keseluruhan jumlah kematian pada tahun itu. Ia enam kali lebih tinggi daripada jumlah yang dilaporkan kepada polis.

Lebih 106,000 kes atau 65 peratus membabitkan wanita.

Aktivis wanita mendakwa pemerintah tidak berusaha mengatasi masalah itu.

Pengarah Kumpulan Peguam untuk Mempertahankan Hak Wanita, Cik Indira Jaising, berkata pihak berkuasa hanya bijak bermain kata-kata.

'Mereka mengutuk jenayah itu tetapi ia tidak mencukupi kerana sehingga kini mereka tidak mengambil tindakan konkrit untuk membendungnya,' kata Cik Jaising.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya campur tangan di peringkat awal jika berlaku perselisihan pembayaran wang hantaran atau penderaan rumah tangga. -- AP.

No comments:

Posting Terkini