Pages

Thursday, March 5, 2009

NAK TENANGKAN KUCING, HEMBUSKAN GANJA

OMAHA (Nebraska): Seorang lelaki yang menyumbat kucing milik temanitanya ke dalam paip ganja kelmarin berkata dia pernah berbuat begitu pada masa yang lain untuk menenteramkan kucing berkenaan.

Acea Schomaker, berasal dari Lincoln, berkata dia tidak berniat menyakiti kucing berusia enam bulan bernama Shadow.

Pegawai polis dari Jabatan Syerif, yang menyahut panggilan orang ramai berhubung perkara itu telah menahan Schomaker, 20 tahun, Ahad lalu, atas dakwaan melakukan kekejaman terhadap binatang.

Para pegawai mendapati Schomaker menghisap ganja daripada sebuah kotak kaca dengan kucing berkenaan berada dalamnya.

Temanita Schomaker, Marissa Vieux, juga didakwa atas pertuduhan berlaku kejam terhadap binatang kerana tidak cuba menghalang Schomaker berbuat begitu, kata Sarjan Andy Stebbing.

Vieux, 22 tahun, berkata dia memungut kucing itu kira-kira dua bulan dulu daripada rakan-rakan yang telah menderanya.

Schomaker mendakwa kucing itu sering menggigit dan mencakar mereka. Dia tidak mahu memukul atau menjirus air ke atas kucing berkenaan. Dia juga tidak mahu menyerahkan kucing itu kepada pusat perlindungan haiwan kerana bimbang ia akan dibunuh.

Jadi, Schomaker memutuskan membuat paip ganja kerana pernah mendengar ada orang menenangkan haiwan peliharaan mereka dengan menghembus asap ganja ke muka haiwan berkenaan.

'Saya tahu ini bukan kali pertama seseorang melakukannya. Tetapi saya orang yang pertama ditangkap,' kata Schomaker.

Menurutnya, dia memasukkan kucing itu ke dalam 'bong', yakni alat berupa paip ganja sepanjang 30 sentimeter bersambung ke kotak kaca, sebanyak tiga kali.

'Setiap kali kami keluarkan kucing itu, ia hanya tidur dan membersihkan tubuhnya macam orang khayal,' kata Schomaker.

Shadow kemudian dibungkus dengan selimut oleh pegawai polis dan dihantar ke Persatuan Perikemanusiaan Capital (CHS) dan ia dilaporkan ketakutan menyusuli kejadian itu.

Para pegawai melakukan ujian ke atas kucing itu untuk memastikan paru-parunya tidak rosak.

Tetapi mereka menjadi hairan dengan jumlah burger yang boleh dimakannya. -- AP.

No comments:

Posting Terkini