Pages

Thursday, March 26, 2009

Discovery tinggalkan stesen angkasa lepas

CAPE CANAVERAL (Florida): Kapal angkasa Discovery meninggalkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) hari ini, mengakhiri lapan hari misi ke angkasa lepas dengan membawa angkasawan pertama Jepun serta melengkapkan sistem jana tenaganya.

Komander misi, Lee Archambault dan juruterbang Tony Antonelli memisahkan Discovery seberat 100 tan itu dengan ISS tepat jam 3.53 petang (GMT).

Sebelum meninggalkan ISS, Antonelli sempat membawa Discovery mengeliling kompleks ISS yang kini dilengkapi sepasang panel tenaga solar, sekali gus menjadikan stesen itu seolah-olah sudah berdekad berada di orbit.

"Anda sudah menjadikan stesen ini lebih baik dan lengkap berbanding sebelum ini," kata Komander ISS, Mike Fincke kepada krew Discovery sambil berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal.

Discovery dijadual mendarat di Pusat Angkasa Lepas Kennedy, Florida Sabtu ini. - Reuters

No comments:

Posting Terkini