Pages

Wednesday, March 4, 2009

Biar Law jawab dakwaan prestasi memalukan di Australia:Lim

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata beliau akan menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Law Heng Keang untuk menjawab sendiri dakwaan mengenai prestasinya yang memalukan sewaktu menyertai pameran di Australia, baru-baru ini.

"Law berada di Australia dan saya berada di sini. Saya tidak nampak apa yang berlaku di sana. Jadi, lebih baik tunggu beliau balik dan minta beliau jawab sendiri," katanya.

Law dijadual pulang ke Pulau Pinang hari ini, katanya selepas menyaksikan majlis penerimaan jawatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), di sini.

Lim berkata, Law perlu diberi peluang untuk menjelaskan segala dakwaan yang dibangkitkan seorang pengusaha industri pelancongan menerusi e-mel yang dihantar kepadanya, yang antara lain mendakwa Law gagal membawa dirinya sebagai wakil kerajaan negeri.

Menurut laporan akhbar semalam, baru-baru ini, seorang pengusaha industri pelancongan yang mahu dikenali sebagai T K Choong menghantar e-mel kepada Lim, mengkritik prestasi Law semasa menyertai Asia Pacific Incentives and Meetings Expo 2009 di Melbourne selama dua hari mulai 17 Februari lalu.

Menurut e-mel itu, yang turut diedarkan kepada penggerak industri itu, Choong, yang sudah berkecimpung dalam industri itu selama 15 tahun mendakwa Law gagal membawa dirinya sebagai wakil kerajaan negeri, tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik dan lancar serta tidak tahu memasarkan Pulau Pinang kepada pelancong asing.

Beliau mendakwa, Law gagal memahami konsep pemasaran dan tidak tahu membezakan antara pesta pengguna dan perdagangan dan menyarankan supaya kerajaan negeri menukar Exco pelancongan itu dengan pemimpin yang lain.

Mengenai dakwaan bekas Ahli Majlis MPSP, Amizudin Ahmat kononnya dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai, Lim berkata, beliau sedang menunggu laporan lengkap mengenai perkara itu daripada Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus.

"Sebarang pertanyaan mengenai rasuah ini sepatutnya diajukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi kita akan lihat sama ada ia mempunyai kaitan dengan kerajaan.

"Kalau ada, tindakan keras akan diambil," katanya. - Bernama

1 comment:

Putra IJ80 said...

Kita warga MPSP serahkan kepada kebijaksanaan KM.PP menyelesaikan perkara itu.

Tapi yang kami nak bangkitkan masaalah longkang sepanjang highway tepi pantai menghala ke Bagan Ajam yang di penohi sampah sarap,hasil kerja pengunjung pantai yang bersantai.,sungguh memalukan.

Begitu juga dgn Project kondo yang terbengkalai di Telok Air Tawar ,rumput nya tinggi sampai menutup signboard ,longkang tersumbat tempat nyamok buat anak.,biawak membiak bole di lihat berkeliaran.

Apa MPSP Buat?????

Tolong lah ambil tindakan,BEB!!!!!!!

Posting Terkini