Pages

Wednesday, March 4, 2009

Sewa premis niaga Mara dihad 10 tahun

KANGAR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperkenalkan dasar baru dikenali 'Exit Policy' di mana jangka masa sewaan untuk semua lot premis perniagaan di bangunan milik badan terbabit akan dihadkan untuk tempoh maksimum 10 tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata penyewa yang dianggap tonggak serta daya tarikan utama bangunan terbabit pula mungkin dibenarkan menyewa sehingga maksimum 20 tahun jika dapat meningkat bilanagan pengunjung.

"Justeru, kita letakkan sasaran 10 tahun untuk mereka kembangkan perniagaan masing-masing dan selepas tempoh berkenaan selesai lot kedai yang disewa perlu diserahkan semula kepada Mara untuk dimanfaatkan usahawan Bumiputera yang baru memulakan perniagan.

"Bagi usahawan yang melepasi tempoh maksimum sewaan 10 tahun dan perlu berpindah, kita akan bantu mereka untuk mencari lokasi baru termasuk beberapa kemudahan lain untuk mengembangkan perniagaan masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

No comments:

Posting Terkini