Pages

Wednesday, March 4, 2009

Rela bakal dipantau Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

KOTA BHARU: Selain polis dan agensi penguatkuasaan lain, Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) juga akan tertakluk kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa, yang akan dibentang di Parlimen dalam masa terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata signifikasi pasukan itu diserap dalam suruhanjaya berkenaan bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan Rela dalam membantu menjaga keselamatan dan kemakmuran negara.

"Rang undang-undang suruhanjaya itu akan dibentang di Parlimen pada bulan ini, ia bertujuan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap semua agensi penguatkuasaan, yang juga adalah satu daripada langkah penambahbaikan yang dilaksanakan kerajaan.

"Penubuhan suruhanjaya ini adalah salah satu pendekatan kerajaan untuk mengurus tadbir negara dengan lebih baik dan memberi keyakinan kepada rakyat yang kita bersungguh-sungguh untuk mencapai tadbir urus dengan baik," katanya pada Majlis Perjumpaan dan Dialog dengan Rela Kelantan di sini, hari ini.

Syed Hamid turut menyeru majikan yang ingin mengambil pekerja terutamanya sebagai pengawal keselamatan, memberi keutamaan kepada anggota Rela yang layak berbanding mengambil pekerja asing.

Katanya, pada masa ini terdapat lebih 500,000 anggota Rela di seluruh negara, yang terlatih daripada segi penjagaan keselamatan.

"Kalau mereka (majikan) mahu, kita boleh beri nama anggota kita yang berminat dan layak kepada mereka kerana kita ingin kurangkan kemasukan pekerja asing ke negara kita," katanya. - Bernama

No comments:

Posting Terkini