Pages

Thursday, March 19, 2009

Aktres Natasha Richardson mati nahas ski

LOS ANGELES: Aktres terkenal Britain, Natasha Richardson, 45, meninggal dunia hari ini selepas koma akibat terjatuh ketika bermain ski, menurut jurucakap suaminya, Liam Neeson.

"Liam Neeson, anak mereka dan seluruh ahli keluarga mendiang terkejut dengan kematian Natasha," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Alan Nierob di Los Angeles.

"Ahli keluarga mendiang mengucapkan terima kasih kerana sokongan, kasih sayang dan doa terhadap mendiang," katanya.

Natasha cedera Isnin lalu selepas terjatuh ketika bermain ski menuruni lurah salji di sebuah resort di Quebec, di Utara Montreal, Kanada.

Pada 1998, Natasha menang Anugerah Tony kerana peranannya dalam teater muzikal "Cabaret".

Beliau membintangi beberapa filemantaranya "The Parent Trap," "Maid in Manhattan", "Evening", "The Handmaid's Tale,", "Gothic", "A Month in the Country" dan "Nell". - AFP

No comments:

Posting Terkini