Pages

Wednesday, February 4, 2009

90,000 pesalah seks dikeluarkan dari laman web

RALEIGH, North Carolina 4 Feb. - Kira-kira 90,000 pesalah seks telah dikenal pasti dan dikeluarkan dari laman web rangkaian sosial MySpace, kata pegawai syarikat dan pihak berkuasa undang-undang.

Jumlah itu hampir berganda jangkakan rasmi MySpace tahun lalu, kata Peguam Negara North Carolina Roy Cooper, yang bersama-sama Peguam Negara Connecticut Richard Blumenthal yang mengetuai usaha menjadikan laman web rangkaian sosial lebih selamat kepada pengguna muda.

Cooper berkata, dia tidak terperanjat dengan jumlah terkini itu kerana permintaan terhadap MySpace dan laman web rangkaian sosial saingannya Facebook - yang mendakwa mempunyai lebih 280 juta pengguna keseluruhannya - berusaha untuk melindungi kanak-kanak dan remaja. - AP


No comments:

Posting Terkini