Pages

Wednesday, February 4, 2009

DUN tidak dibubar, exco mesyuarat esok

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi megandakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini.

Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering.

"Kita tak akan bubarkan DUN untuk buat pilihanraya.

"Mengenai kekosongn dua jawatan exco itu, kita akan putuskan pemangkunya dalam mesyuarat exco yang akan diadakan pada Jumaat ini," katanya kepada mStar Online.

Semalam, Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata, jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang.

Keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka.

Ditanya mengenai pengganti tetap bagi jawatan exco tersebut, beliau berkata pelantikan itu memerlukan prosedur yang lebih teliti.

"Buat masa ini kita lantik pemangku dahulu kerana untuk melantik pengganti bagi jawatan exco yang tetap, kita perlu melalui proses yang lebih banyak termasuk memohon perakuan Sultan Perak," katanya. - mstar

No comments:

Posting Terkini