LOS ANGELES 4 Feb. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang memanjat ke dalam mesin basuh mati apabila abangnya berusia 15 tahun menghidupkannya secara tidak sengaja, kata pengawai polis semalam.
Pegawai polis Orange County dan penyiasatnya berkata, kanak-kanak itu mati akibat terhendak dengan objek tumpul selepas berpusing di dalam mesin basuh muatan depan itu kira-kira dua minit.
Jurucakap polis Jim Amormino berkata alat kawalan mesin itu berkedudukan 51 sentimeter dari lantai, cukup untuk dicapai oleh budak lelaki.
Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke Hospital Mission Regional Center tetapi meninggal beberapa jam kemudian. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment