Pages

Sunday, January 11, 2009

Cabaran Ezam: Isu peribadi.

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail enggan mengulas cabaran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Mohamad Ezam Mohd Nor terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkannya sebagai hal peribadi.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden PKR meminta soalan itu diajukan sendiri kepada Anwar.

"Ini soal antara Anwar dan Ezam, ini soal peribadi. Tanya pada kedua-dua mereka," kata beliau pada sidang media Pakatan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau enggan mengulas lanjut cabaran Ezam itu.

Semalam, Ezam mendedahkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.

Malah, Ezam bekas Setiausaha Politik kepada Anwar juga mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

Justeru, beliau turut mencabar Anwar sendiri menjawab pendedahan-pendedahan tersebut sebelum memperincikan kedua-dua perkara itu kelak. - mSTAR

1 comment:

Pak Brahim said...

Bagi saya pendedahan yang dibuat sdr. ezam adalah suatu perkembangan yang menarik.

Saya juga berpendapat bahawa dengan perkembangan yang terbaru ini akan meningkatkan lagi kewibawaan DSAI dipersada politik tanahair.

Elok kita tunggu sahaja perkembanganya.

SELAMAT BERJUANG KEPADA PARA PEJUANGAN TANAHAIR.

Posting Terkini