Pages

Sunday, January 11, 2009

Berita Utama Malaysiakini

Mengenai Palestin di Mesyuarat OIC

KUALA LUMPUR 11 Jan. — Malaysia merancang untuk mengemukakan cadangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) akan datang, yang bertujuan menghentikan pembunuhan dan penyiksaan terhadap penduduk Palestin ekoran pencerobohan Israel di Gaza.— BERNAMA

Jaringan keselamatan sosial diperluas

BUTTERWORTH 11 Jan. — Kerajaan akan terus memperluaskan jaringan keselamatan sosial walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi demi menjaga kebajikan rakyat khususnya golongan miskin dan kurang berkemampuan, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Nor Mohamed berkata pada tahun ini kerajaan mensasarkan sebanyak 110,000 keluarga akan menerima bantuan di bawah skim bantuan membaiki rumah yang dikendalikan oleh anak syarikat Kementerian Kewangan, Pro Khas dengan peruntukan sebanyak RM500 juta.

Katanya dalam keadaan ekonomi yang semakin mendesak sekarang projek-projek kebajikan menjadi lebih penting kerana banyak keluarga yang akan terhimpit dan hidup serba kekurangan.— BERNAMA

500 penduduk di Sarawak dipindahkan

KUCHING 11 Jan. — Kira-kira 500 penduduk di kawasan rendah di daerah Bau dan Kuching di sini dipindahkan ke 19 pusat pemindahan pagi ini selepas banjir melanda kawasan itu berikutan hujan yang tidak berhenti-henti sejak lima hari lepas.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George hari ini berkata, Kampung Suba Buan di Bau kini ditenggelami air sedalam 4.5 meter manakala dua buah rumah di Padawan rosak akibat tanah runtuh.

“Sebaik cuaca terang, agensi berkaitan akan menghantar helikopter dan bot untuk menyalurkan bantuan makanan dan memindahkan 108 penduduk yang terkandas di Kampung Suba Buan dan penduduk yang lain, berikutan kawasan itu kini terputus hubungan apabila jalan-jalan tidak dapat dilalui,” kata Dr Chan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri.

Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran, Bau yang berada di tebing Sungai Sarawak Kanan mencatat taburan hujan sebanyak 370mm semalam berbanding 18mm pada Selasa dan Batu Kitang di Sungai Sarawak Kiri mencatat 216mm berbanding 3mm.

No comments:

Posting Terkini