Pages

Sunday, January 11, 2009

Beli Toyota Camry bukan melalui tender terbuka

KUALA SELANGOR 11 Jan. — Keputusan kerajaan Selangor membeli 15 kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri minggu lepas dibuat berdasarkan sebut harga yang dihantar oleh syarikat kenderaan, UMW Toyota dan bukannya menerusi tender terbuka.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kenderaan itu dilihat lebih praktikal dan stabil disebabkan harganya ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

“Kerajaan negeri telah memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan termasuk UMW Toyota serta Proton bagi membolehkan kerajaan negeri menilai kosnya termasuk daripada segi penyenggaraan sebelum membuat pilihan bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakan sebelum ini.

“Selepas meneliti semua sebut harga syarikat kenderaan terbabit, maka pihak kami mengambil keputusan untuk membeli Toyota Camry atas faktor kos dan penyenggaraan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gotong- Royong Serentak Negeri Selangor di Taman Sentosa, Bestari Jaya dekat sini, hari ini.

- Bernama

1 comment:

Unknown said...

Tender terbuka jika ada orang tengah yang hendak membekalkan perkhidmatan atau barangan. Kes Selangor, kita berurusan terus dengan penbekal atau syarikat pembuat/pemasang. Maknanya harga dealer atau pengedar. Kalau tender, yang mark up harga ialah pihak pembida.

Posting Terkini