Pages

Tuesday, January 27, 2009

Amerika bukan musuh dunia Islam - Obama

WASHINGTON 27 Jan. - Presiden AS, Barack Obama memberitahu dunia Islam bahawa rakyat Amerika bukanlah musuh mereka dan mengulangi janjinya untuk memberikan penjelasan di beberapa negara yang rakyatnya majoriti beragama Islam.

Obama yang tinggal di Indonesia selama beberapa tahun dan membesar di sana berkata, lawatannya ke negara-negara Islam itu dengan keyakinan bahawa manusia, tanpa memikirkan soal kepercayaan, mempunyai harapan dan impian.

"Tugas saya ke negara dunia Islam ialah untuk memaklumkan bahawa rakyat Amerika bukanlah musuh anda - kami kadangkala melakukan kesilapan - kami bukannya sempurna," kata Obama dalam temubual dengan rangkaian televisyen satelit Al-Arabiya. - AFP


No comments:

Posting Terkini