BUKIT MERTAJAM 23 Jan. - Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan 20 wanita rakyat asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di sebuah pusat karaoke di Jalan Anson malam tadi.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Abdul Rahman Hassan berkata empat daripada mereka merupakan rakyat Vietnam berusia antara 21 dan 25 tahun manakala 16 lagi yang berumur antara 20 dan 35 tahun ialah dari China.
Ketika bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di Seberang Jaya di sini beliau berkata, seorang juruwang rakyat tempatan turut ditahan dalam operasi dikenali sebagai Ops Sayang itu. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment