HULU LANGAT, 19 Disember - Keengganan pentadbiran Umno-Barisan Nasional di Selangor menyalurkan bantuan pembinaan surau dan kemudahan asas khususnya di kubu kuat Pas-Pakatan Rakyat di Perkampungan Darul Hidayah, Dusun Tua diselar.
Apa yang lebih menyedihkan apabila permohonan untuk mendapatkan surau baharu tidak diendahkan pihak terbabit walhal keadaan fizikal rumah Allah ini sudah uzur dan tidak dapat menampung jumlah jemaah yang kian bertambah.
Atas keprihatinan ini, Pekawanis hari ini turun padang meninjau masalah tersebut sekaligus menyegerakan usaha mendapatkan dana pembinaan surau Darul Hidayah yang menelan belanja kira-kira 1 juta ringgit.
“Merujuk kepada perkampungan Darul Hidayah untuk membina surau tu Insya Allah Darul Hidayah pun dah ada tabung cuma tidak cukup dan untuk pengetahuan Puan Sri saya ni Ahli Parlimen kita mampu bagi hanya tabung ini RM2,500 saja,” katanya.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat berkata demikian pada program penyerahan sumbangan anak-anak yatim kepada bekas Pengerusi Tetap PAS Hulu Langat, Abdul Karim Abdul Aziz di Perkampungan Darul Hidayah, Dusun Tua pagi tadi.
Pembinaan surau baharu ini nanti bakal dilengkapi bukan sahaja tempat beribadat tetapi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan lengkap dengan ruang solat berhawa dingin, dewan, bilik ICT, tadika PASTI dan pejabat pentadbiran.
Bagi tujuan itu, satu jawatankuasa bertindak ditubuhkan khusus bagi mengurus pengumpulan dana pembinaan surau itu nanti.
Kira-kira 206 lot tanah yang terdapat di Kampung Darul Hidayah manakala 121 lot tanah pula sudah diduduki dengan jumlah 500 jemaah.
Hadir sama Isteri Menteri Besar-Puan Sri Salbiah Tunut, Ahli Parlimen Hulu Langat-Che Rosli Che Mat dan Ketua Kampung Darul Hidayah-Wan Yunus Abdul Rahman. -MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN.
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment