Pages

Saturday, August 15, 2009

Tailong

Singapura- Jumlah kes meminjam wang secara haram atau kes tailong yang dilaporkan telah meningkat lebih seganda daripada 4,584 dalam pertengahan pertama tahun lalu (2008) ke 9,395 kes dalam tempoh yang sama tahun ini.

Mendedahkan perangkaan tersebut dalam satu sidang media semalam, Komander Divisyen Polis Ang Mo Kio, Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Hsu Sin Yun, menyatakan pihaknya telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menangani kegiatan haram itu di kawasannya.

Menurut perangkaan polis, jumlah mereka yang diberkas kerana terlibat dalam kegiatan tailong juga telah meningkat - daripada 207 dalam separuh pertama tahun lalu kepada 417 dalam masa yang sama tahun ini.

Turut menjadi keprihatinan polis ialah kegiatan gangguan berkaitan tailong seperti menconteng, menyimbah cat dan mengunci pagar flat peminjam yang gagal melunaskan pinjaman tailong.

Lebih membimbangkan ialah pelibatan golongan remaja semakin meningkat.

Sepanjang 2007, seramai 59 belia berusia 19 tahun ke bawah telah diberkas kerana terbabit dalam kegiatan tailong.

Dalam enam bulan pertama tahun ini sahaja, 81 orang dalam lingkungan usia tersebut telah ditahan - melebihi jumlah 63 remaja yang diberkas sepanjang tahun lalu.

No comments:

Posting Terkini