Pages

Saturday, August 15, 2009

Sekilas Dunia

Liga Arab cuba raih sokongan EU

VIENNA: Liga Arab kini cuba mendapatkan sokongan Kesatuan Eropah (EU) untuk memaksa Israel mendedahkan program nuklear sulitnya kepada pemeriksaan masyarakat antarabangsa, menurut dokumen yang diperolehi Associated Press.

Dalam suratnya kepada Menteri Luar Sweden, Encik Carl Bildt, Setiausaha Agung Liga Arab, Encik Amr Moussa, menggesa Sweden menyokong resolusi mengenai 'Keupayaan Nuklear Israel'.

Dokumen itu akan dikemukakan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). -- AP.

Empat pegawai polis terkorban

ROSTOV-ON-DON (Russia): Para pegawai Chechnya berkata empat pegawai polis terbunuh dalam satu pertempuran bersenjata dekat ibu kota Grozny, yang turut membunuh dua militan.

Di satu daerah lain Chechnya, lima askar pemerintah cedera dalam pertempuran dengan militan, awal semalam.

Polis di republik jiran, Dagestan, berkata tiga militan terbunuh selepas polis cuba menahan kereta yang mereka naiki. -- AP.

Kru bot nelayan serang lanun

MOGADISHU: Kru dua bot nelayan Mesir bersenjatakan parang menyerang lanun Somalia yang menahan mereka sebagai tebusan selama empat bulan, lalu membunuh dua daripada lanun itu sebelum melarikan diri.

Kru rakyat Mesir itu berjaya menundukkan kumpulan lanun dan merampas senjata api mereka, sebelum belayar daripada perairan dekat bandar Las Qorey, utara Somalia, kata seorang lanun bernama Miraa, yang cedera dalam serangan itu. -- AP.

No comments:

Posting Terkini