Pages

Friday, January 23, 2009

Rayuan cabar DAP keputusan kerusi Srikei ditolak

KUCHING 23 Jan. - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak dengan kos rayuan calon DAP, Dr. Wong Hua Seh mencabar keputusan petisyen bagi kerusi Parlimen kawasan Sarikei yang dimenangi Ding Kuong Hiing daripada Barisan Nasional (BN).

Mahkamah bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian Chin bahawa Dr. Wong gagal membuktikan yang Ding, daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) atau ejennya, telah melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ia mendapati bahawa Dr. Wong gagal membuktikan yang janji oleh calon BN itu untuk menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman di Bintangor merupakan satu kesalahan sebaliknya ia merupakan janji untuk pembangunan yang dibenarkan dalam kempen, demikian menurut penghakiman yang dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Noor Hayati Mat. - Bernama


No comments:

Posting Terkini