Pages

Tuesday, November 4, 2008

Sebahagian Besar Tender Adalah Melalui Tender Terbuka

KUALA LUMPUR, 4 Nov-- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan memastikan sebahagian besar perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat nilai bagi wang.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak Bumiputera juga akan ditenderkan melalui pembidaan yang kompetitif di kalangan syarikat Bumiputera.

"Hasrat kerajaan ialah supaya kontraktor Bumiputera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya tahan mereka," katanya ketika menggulung menggulung Perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimana pun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian dari dasar ini akan hanya dibuat di dalam keadaan tertentu sahaja.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini