Pages

Tuesday, November 4, 2008

RM200 Juta Untuk Laksana Skim Mikro Kredit

KUALA LUMPUR, 4 Nov-- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta bagi melaksanakan skim mikro kredit untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil.

Beliau berkata dana tambahan ini akan diselaraskan dan diagihkan melalui saluran sedia ada.

Selain itu, Kerajaan juga menyediakan dana modal pusingan RM100 juta ringgit untuk Program Kewangan Mikro Bandar yang diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama bagi kawasan luar bandar.

Semenjak dilancarkan awal tahun ini, Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam, kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa menggulung perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat hari ini.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini