Pages

Tuesday, November 4, 2008

BEKAS PEGAWAI PENJARA DITUDUH SALAH GUNA SISTEM KOMPUTER

Singapura -- SEORANG bekas pegawai penjara dihadapkan ke mahkamah semalam kerana menyalahguna Sistem Operasi Penjara dan Pemulihan (Ports) Jabatan Penjara.

Menurut kenyataan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), Luke Teo Qing Wang, 26 tahun, yang ketika itu bertugas di Penjara Reman Queenstown, telah memasuki sistem komputer itu untuk mendapatkan butir peribadi seseorang yang dikenali sebagai Tommy.

Siasatan menunjukkan Teo berkawan rapat dengan seorang bekas banduan Penjara Reman Queenstown.

Pada Oktober 2007, bekas banduan itu telah mengadu kepada Teo bahawa dia telah kerugian sebanyak $1,500 kerana ditipu oleh Tommy.

Teo kemudian telah memasuki sistem Ports tanpa kebenaran pada 17 Oktober 2007 untuk mencari butir peribadi Tommy atau nama sebenarnya, Toh Gim Por.

Dia kemudian mencatatkan butir peribadi Tommy- seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tarikh lahir di atas sekeping kertas sebelum menyerahkannya kepada bekas banduan itu di sebuah tempat meletak kereta di Clementi West Street 2.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer, sesiapa yang didapati bersalah menggunakan fungsi komputer untuk mendapatkan maklumat tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman denda $2,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

BHS

No comments:

Posting Terkini