WASHINGTION Rakyat Amerika Syarikat (AS) mula melangkah ke pusat pengundian, secara berperingkat-peringkat sebentar tadi (tengah hari waktu Malaysia), dengan Barrack Obama ,calon Demokrat memiliki sokongan jelas untuk memenangi pemilihan bagi menggantikan Presiden George W. Bush, yang tidak popular di dalam dan luar negara AS.
Penduduk di dua bandar negeri New Hampshire secara simbolik memulakan proses pengundian hari ini, membuang undi tengah malam tadi.
Siaran CNN menunjukkan pengundi sudah mengundi di Dixville Notch dan Hart's Location.
Obama muncul pemenang di kedua-dua bandar berkenaan, yang secara tradisi membuat pengiraan awal pada hari pilihan raya.
Beliau menewaskan McCain dengan 15-6 di Dixville Notch.
Ini kali pertama Dixville Notch memilih calon Demokrat sejak 1968.
Bandar Hart's Location melaporkan kemenangan 17-10 yang turut memihak kepada Obama dan dua lagi kepada calon liberal, Ron Paul manakala calon Bebas Ralph Nader tidak memperoleh sebarang undi dari kedua-dua bandar berkenaan.
Sokongan di Hart's Location lazimnya memihak kepada calon Republik sejak kembali kepada pengundian awal pada 1996.
Pusat-pusat pengundian, yang pertama akan mula ditutup di beberapa bahagian di Indiana dan Kentucky pada pukul 6 petang waktu tempatan (7 pagi esok waktu Malaysia).
Obama, 47, senator penggal pertama dari Illinois, jika menang akan menjadi Presiden pertama AS daripada kalangan masyarakat kulit hitam.
Pungutan suara umum menunjukkan Obama mengatasi McGain di sejumlah negeri yang mencukupi baginya memperoleh 270 undi kemenangan.
Jika McCain, 72, pula jika menang bermakna beliau akan menjadi Presiden pertama paling tua mengetuai White House manakala gandingannya, Sarah Palin bakal mencatatkan sejarah wanita pertama menjadi Naib Presiden.
Bagaimanapun bakal Presiden AS yang baru berhadapan siri krisis - ekonomi, politik dan dasar luar.
Kira-kira 130 hingga 135 juta rakyat AS dijangka mengundi hari ini - peningkatan seramai 10 juta berbanding 2004 dan 25 juta berbanding lapan tahun lalu.
Bush tidak mempertahankan jawatannya kerana perlembagaan negara itu tidak membolehkan penyandang jawatan mengetuai White House lebih dua penggal atau lapan tahun.
Mstar
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment