Pages

Monday, October 27, 2008

SEKILAS - DUNIA. Ustaz kahwin budak 12 tahun?

Pilihan raya awal di Israel

BAITULMAKDIS: Menteri Luar Israel, Cik Tzipi Livni, dijangka mengumumkan pilihan raya awal akan diadakan selepas beliau gagal membentuk pemerintah campuran baru.

Ini sekali gus memadamkan harapan satu perjanjian damai dapat dimeterai dengan Palestin pada tahun ini. -- AFP.

Ustaz kahwin budak 12 tahun?

JAKARTA: Sebuah agensi perlindungan kanak-kanak Indonesia sedang menyiasat laporan mengenai perkahwinan seorang ustaz berusia 43 tahun dengan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Akhbar Jakarta Post semalam melaporkan ustaz itu mendapat persetujuan ibu bapa kanak-kanak itu untuk berkahwin dengannya pada Ogos lalu.

Beliau dikatakan merancang berkahwin dengan dua lagi kanak-kanak yang berusia tujuh dan sembilan tahun. Di bawah undang-undang Indonesia, seorang wanita itu harus berusia 16 tahun untuk bernikah. -- Reuters.

Pres Iran sakit dek kerja keras

TEHERAN: Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, dilapor sakit ekoran terlalu penat bekerja. Beliau dilaporkan bekerja sehingga 20 jam sehari.

Encik Ahmadinejad tidak kelihatan di khalayak ramai sejak Selasa lalu. -- AP.

Kembar siam berjaya dipisah

RIYADH: Sepasang kembar Siam dari Iraq yang bercantum di dada dan perut telah selamat dipisahkan dalam satu pembedahan di sebuah hospital di sini.

Kos pembedahan itu ditampung oleh Raja Abdullah.

Ia merupakan pembedahan memisahkan kembar Siam yang ke-20 pernah dijalankan dengan berjaya dalam tempoh 18 tahun di Arab Saudi. -- AFP.

39 tahun - usia kemuncak cerdik

WASHINGTON: Manusia mencapai tahap kemuncak kecerdikannya pada usia 39 tahun sebelum ia mulai menurun secara ketara selepas itu, menurut dakwaan satu kajian terbaru.

Saintis Universiti California, Amerika Syarikat, mendakwa keadaan itu berlaku selepas tubuh kehilangan salutan lapisan lemak pada otak yang mengawal sel saraf dikenali 'neuron', selepas usia 40-an. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini