Pages

Friday, October 3, 2008

Pemandu lori saman kerajaan.

KUALA LUMPUR 3 Okt. – Seorang pemandu lori menyaman Pengarah Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Jugra dan dua yang lain bagi menuntut ganti rugi lebih RM1 juta kerana didakwa cuai sehingga menyebabkan kematian anaknya semasa menjalani latihan komando di kem tersebut pada Ogos tahun lalu.

K. Kannan, 44, memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Karpal Singh di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kannan mendakwa anaknya, kadet K. Yogeswaran yang merupakan anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) mati semasa mengikuti Kursus Asas Komando pada 4 Ogos 2007.

Selain Pengarah kem TUDM Bukit Jugra, Kannan menamakan menteri pertahanan dan kerajaan Malaysia sebagai pihak defendan. - Utusan

No comments:

Posting Terkini