Pages

Tuesday, October 7, 2008

Majlis Tertinggi BN Bermesyuarat Di PWTC Esok

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Majlis Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.


"Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok," katanya kepada Bernama hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata yang beliau akan mengumumkan hari ini atau esok sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Walaupun beliau tidak membayangkan apakah keputusannya nanti, Abdullah yang juga pengerusi BN, dijangka mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti Mac tahun depan.

1 comment:

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Tak sabaq nak dengaq berita esok.. so blog mana yang terpantas akan mengupdate pasai ni.. hmmmm

Best ni... apa pun kita tunggu dan lihat... ya.. tunggu dan dengar lah.. tunggu...

Posting Terkini