Pages

Tuesday, September 30, 2008

DRB-Hicom Pastikan Puspakom Bebas Rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- DRB-Hicom, yang memiliki Pusat Sistem Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berhasrat menukar sistem yang ada sekarang bagi memastikan ia bebas daripada rasuah.

Pengarah urusan DRB-HICOM, Datuk Mohd Khamil Jamil, berkata sistem pemeriksaan kenderaan yang ada sekarang, berusia lebih sepuluh tahun dan menukarkannya boleh meningkatkan perkhidmatan yang diberikan oleh Puspakom di samping membantu membasmi rasuah.

"Saya perlu menukarnya bagi memastikan Puspakom bebas sepenuhnya daripada rasuah. Sistem ini juga sesuai hanya bagi teknologi yang ada ketika ia memulakan operasi," katanya kepada Bernama pada satu majlis berbuka puasa di Wisma Bernama baru-baru ini.

Puspakom diambil alih oleh DRB-HICOM 14 tahun lalu. Ia ditubuhkan pada 1994,�untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan ke atas kenderaan bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di bawah skim penswastaan.

Mengulas serbuan ke atas pusat-pusat Puspakom baru-baru ini oleh Badan Pencegah asuah (BPR), Mohd Khamil berkata ia dilakukan dengan kerjasama penuh oleh pihak pengurusan.

Malah, kata beliau, Puspakom sebelum itu meminta bantuan BPR untuk membendung amalan rasuah dalam organisasi itu dan telah diberikan arahan tentang cara-cara mengatasinya.

Dalam serbuan BPR itu, beberapa kakitangan Puspakom ditangkap kerana tidak mematuhi prosedur dalam pemeriksaan kenderaan dan menerima rasuah.

Kenderaan yang tidak dibawa untuk pemeriksaan juga dikatakan telah diberikan cop kelulusan.

-- BERNAMA

No comments:

Posting Terkini