Pages

Tuesday, September 30, 2008

Abdullah mahu mansuhkan kuota pencalonan Umno?

Abdual Aziz Mustafa, Harakah

Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang berusaha untuk memansuhkan kuota pencalonan di dalam Umno melalui Perhimpunan Agung Khas parti itu.

Abdullah mahu mengemukakan cadangan itu kerana tidak yakin memperolehi kuota pencalonan yang diperlukan, iaitu 58 pencalonan daripada bahagian untuk membolehkannya mempertahankan jawatan Presiden Umno, katanya.

Bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam itu juga menyatakan maklumat yang yang baru diterimanya mengesahkan bahawa Abdullah "memang akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi menundakan persidangan perwakilan Umno bahagian daripada 9 Oktober 2008 kepada Februari 2009".

"Abdullah juga dijangka merujuk kepada MT Umno untuk mengadakan satu Perhimpunan Agung Khas Umno bagi memansuhkan kuota yang dikenakan kepada sesiapa yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi dalam parti di peringkat bahagian dan pusat, termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli MT.

"Usaha ini membuktikan bahawa Abdullah akan meneruskan niatnya mempertahankan jawatan Presiden Umno. Tetapi, oleh kerana tidak yakin memperolehi kuota pencalonan yang diperlukan, iaitu 58 pencalonan daripada bahagian bagi jawatan Presiden, Abdullah pula berusaha untuk memansuhkan kuota itu menerusi Perhimpunan Agung Khas Umno," katanya.

Pembatalan kuota itu, katanya, jika dipersetujui oleh Perhimpunan Agung Khas Umno, akan menimbulkan anamoli kepada warga Umno yang bertanding jawatan di peringkat bahagian.

Ruhanie mempersoalkan, oleh kerana persidangan cawangan Umno di seluruh negara sudah berakhir baru-baru in dan mereka yang akan bertanding di peringkat bahagian sudah pun diketahui, adakah MT juga akan akur kepada saranan Abdullah dan memutuskan supaya pertandingan di peringkat bahagian tidak akan terikat dengan sistem kuota?
"Bagaimanapun, tafsirlah sendiri apakah erti dan implikasi kepada semua tindakan ini. Dan, bayangkanlah sendiri bagaimana bercelarunya keadaan berikutan perkembangan ini," katanya.

No comments:

Posting Terkini