KOTA KINABALU 30 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan dua pemimpin berpengaruh di Sabah, sebagai titik peralihan dalam senario politik negara kali ini.
Ketua Pembangkang itu berkata, kesabaran rakyat sudah memuncak manakala pemimpin dalam BN sendiri sudah bosan dipermainkan pucuk pimpinan.
“Ini turning point (titik peralihan) dalam politik negara. Kali ini, kita akan bantu kemenangan Pakatan dengan menumbangkan BN,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Angkatan Perubahan sabah (APS) di Tuaran di sini, hari ini, yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.
APS yang diterajui Datuk Seri Wilfred Bumburing adalah gerakan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut yang menyokong Pakatan Rakyat untuk mentadbir Sabah dan memerintah Malaysia.
Terdahulu, Wilfred pada majlis sama mengisytihar keluar BN dan menyokong Pakatan.
Selepas majlis itu, Anwar akan bertolak ke Beaufort untuk menghadiri majlis pelancaran Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang diterajui Datuk Seri Lajim Ukim.
Lajim – Ahli Parlimen Beaufort dan Timbalan Menteri Kabinet, mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno dan menyatakan sokongannya kepada Pakatan semalam.
Perubahan kerajaan hampir pasti berlaku di Sabah apabila pemimpin berpengaruh meninggalkan Barisan Nasional (BN), kata bekas Timbalan Menteri Kabinet, Kalakau Untol. Mengikut sejarah, bekas Timbalan Menteri ...
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan jawatan penting lain. Dalam Pilihan ...
Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah petang ini dijangka akan menyaksikan beberapa wakil parliament dan pemimpin Barisan Nasional Sabah akan menyerahkan borang keahlian untuk sertai PKR. Antara yang ...
BEAUFORT 30 Julai: Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan 'kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor' dan bakal tenggelam. Pada pelancaran Pakatan ...
No comments:
Post a Comment