Pages

Tuesday, July 31, 2012

Najib umum duit raya Felda

SIK - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemberian wang Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM43.2 juta kepada kesemua peneroka Felda.
Najib berkata, pemberian itu sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan hari raya mereka.
Beliau berkata, kadar itu terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

Katanya, 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda akan menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta.
Najib berkata demikian pada majlis perasmian program Rahmat Ramadan peringkat Kebangsaan di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya di sini.
Pemberian wang hari raya kepada peneroka dilaksanakan sejak 2003. Bayaran pada tahun ini bertambah RM0.6 juta atau 1.39 peratus berbanding bayaran tahun 2011 iaitu RM42.6 juta.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan sagu hati kepada jawatankuasa masjid di semua Felda berjumlah RM792,500, peruntukan untuk Program Ihya Ramadan sebanyak RM951,000 dan Program Ihya Ramadan kawasan Parlimen Felda RM540,000.
"Semua janji kita tunaikan... itu pun (selaras dengan ajaran) Islam. Walaupun Felda dah disenarai (di Bursa Malaysia) bantuan yang sebelum ini diberi kita teruskan. Jadi duit raya tetap kita beri kepada peneroka," katanya.
Hadir sama ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.
Dalam kunjungan ke Parlimen Sik semalam, Perdana Menteri turut melancarkan program bantuan Kasih Felda kepada kampung tradisional yang berhampiran kawasan Felda.
Felda memperuntukkan RM20 juta bagi fasa pertama program itu dengan sasaran membaik pulih kira-kira 4,000 rumah yang berada di luar kawasan Felda. - Bernama  [Dalam Lokap 10 Hari (Part 2)]
Perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki ...
LABIS: Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) akan terus mendedahkan penyelewengan Felda kepada pengundi Tenang, kata Presidennya, Mazlan Aliman. Ketika dihubungi hari ini, Mazlan berkata, ini kerana ...
Kerajaan Rakyat : “Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak ...
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke ...
Kita baru sahaja tahu lebih RM2.7billion (atau RM8 billion) wang FELDA lesap dirompak oleh UMNO. Kononnya untuk tanam semula, tapi Guthrie dan Sime Darby pun tanam semula juga dengan kos yang berkali ganda ...
Rakyat Malaysia berhak untuk tahu tentang semua perkara berkaitan (termasuk kerugian yang dialami di peringkat subsidiari-subsidiari dan bukan sahaja di peringkat Kumpulan) Felda Global Ventures Sdn Bhd dan syarikat ...

No comments:

Posting Terkini