Pages

Saturday, November 26, 2011

Pemuda DAP, MCA terkejut kenyataan 'rasis' Shamsul

Kongres Keadilan l Pemuda DAP hari ini menyelar kenyataan Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin yang mencabar Umno meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri.

Ketuanya Anthony Loke berkata, kenyataan yang disampaikan dalam ucapan dasar Kongres AMK di Johor Baharu semalam bersifat rasis dan menjejaskan usaha Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.

"Saya terkejut dengan kenyataan bersifat rasis Shamsul kerana sayap Pemudanya sentiasa menganjurkan prinsip pelbagai kaum PKR.

"Kenyataan rasis dan melulu sebegitu akan melambatkan usaha PKR untuk menyumbang kepada penamatan (era) rasisme di negara ini," kata Loje dalam kenyataannya semalam.


Katanya, ucapan Shamsul itu boleh digunakan oleh komponen BN bagi menuduh PKR sebagai parti rasis.

Loke bagaimanapun menegaskan bahawa ucapan Shamsul tidak melambangkan pendirian bersama Pakatan yang menuruti prinsip meritokrasi.

Bagaimanapun, ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Shamsul tidak memberi komitmen jelas sama ada pergerakan itu meminda perlembagaan bagi usaha tersebut.

No comments:

Posting Terkini