Pages

Tuesday, November 23, 2010

Kedah pastikan tiada projek terbengkalai

Datuk Seri Azizan Abdul Razak

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri akan memastikan tiada projek yang terbengkalai yang boleh menjejaskan imej negeri itu.
“Kita (kerajaan) telah umumkan untuk bangunkan plaza ini sejak April lalu, namun disebabkan sedikit masalah teknikal dan perundangan menyebabkab ianya lewat sedikit.

“Mana-mana projek yang terbengkalai menyebabkan terjejasnya imej negeri, mesti dibangunkan semula atau dijual supaya kita dapat hapuskan senario bangunan buruk dalam bandar,” ujar beliau semasa mengadakan lawatan ke Plaza Tunku Yaakob di sini hari ini.
Tambah beliau, projek mega yang dilengkapi dengan kompleks membeli belah, hotel serta kondominum dijangka dapat disiapkan dalam tempoh 24 bulan dan pembinaan semula Plaza Tunku Yaakob dilaksanakan secara berperingkat.
Sementara itu, Pengarah Urusan Belleview Group, Datuk Sonny Ho berkata, pihaknya bersedia memulakan projek ini pada bila-bila masa setelah masalah berbangkit dapat diselesaikan.
“Dianggarkan nilai pusat komersil sahaja mencecah RM1 bilion dan pembinaan Fasa 1 akan dibuat terlebih dahulu membabitkan pusat komersil dan projek ini mendapat keyakinan daripada penyewa.
“Bangunan lama akan dirobohkan kerana struktur bangunan sudah tidak sesuai dan kukuh kerana telah berusia 30 tahun,” ujar beliau.

No comments:

Posting Terkini