Senario politik semasa memberi banyak petanda bahawa kejayaan seseorang banyak bergantung kepada hubungan rapat dengan pihak yang lebih berkuasa, tidak kiralah bangsa atau kaum apa.
Written by Azmi Anuar, CPI
Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yangmencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan kaum berdarah itu) tidak berulang.
Benar juga kata-katanya. Siapa yang mahu mengenang satu peristiwa yang pahit dan sudah tentu mengguris hati mereka yang terlibat. Ramai secara langsung atau tidak langsung tahu dan pernah mendengar cerita tentang rakan-taulan serta keluarga yang menjadi mangsa keadaan ketika itu. Orang yang tidak berdosa terkorban. Kita tidak mahu peristiwa seperti itu berulang dalam misi negara mencapai kejayaan. Apa yang perlu dan lebih penting ialah kerjasama yang kukuh dan bersepadu mencapai cita-cita menjadikan negara lebih gemilang dan terbilang.
Tetapi ada juga yang berpendapat hari itu memang patut diperingati sepertiRocky Bru dalam the Malay Mail (Nov 18). Dia berpendapat sekurang-kurangnya jika tarikh itu diperingati, tidak ada sesiapa yang boleh menggunakan tarikh tersebut untuk memperluaskan agenda sempit mereka. Satu ulasan yang ada kebenarannya. Ketika ini ramai yang mengingatkan sesiapa yang mahu mendengar bahawa peristiwa 13 Mei boleh berulang jika rakyat tidak berhati-hati menjaga sensitiviti perasaan masing-masing. Ini satu peringatan yang jika dipandang dari sudut yang berlainan, mungkin merupakan satu ancaman.
Lebih bermanfaat jika peristiwa itu diperingati dalam konteks yang lebih positif. Satu titik permulaan perubahan dalam pradigma interaksi antara kaum di negara ini. Walau apapun yang hendak dikatakan oleh pejuang-pejuang bangsa yang hanya berfikir tentang kaum mereka sendiri, realiti Malaysia ialah sebuah negara pelbagai kaum, bangsa dan agama. Negara ini bukan sahaja kaya dari segi hasil alam semulajadi tetapi rakyat yang pelbagai ragam boleh digembleng untuk kebaikan semua.
Hakikat yang mungkin tidak disedari oleh sekumpulan kecil yang hanya mahukan agenda sempit mereka diketengahkan ialah wujudnya majoriti penduduk yang mahukan keamanan dan kedamaian. Masing-masing mahu hidup aman damai dan mempunyai keluarga bahagia. Apa yang paling penting ialah diberi peluang dan kesempatan yang saksama untuk untuk mencapai cita-cita tersebut. Apa yang mengeruhkan keadaan lazimnya ialah tanggapan bahawa kejayaan seseorang jiran atau rakan itu hasil daripada kedudukan dan asal usul mereka.
Berjaya kerana ada 'kabel'
Senario politik semasa memberi banyak petanda bahawa kejayaan seseorang banyak bergantung kepada hubungan rapat dengan pihak yang lebih berkuasa, tidak kiralah bangsa atau kaum apa. Sama ada seseorang berada di pihak kawan atau lawan, jika kita kenal mereka yang memegang tampuk kuasa, amanlah hidup dan kemungkinan besar, hartapun bertambah.
Usaha mencari nafkah untuk diri sendiri dan keluarga kadang-kadang diganggu-gugat juga oleh pihak berkuasa di peringkat bawahan. Mereka yang berniaga kecil-kecilan misalnya, sering ditakut-takutkan bahawa usaha mereka itu tidak mengikut lunas undang-undang majlis perbandaran yang sah. Jika peniaga itu mahu meneruskan usahanya, ganjaran yang berpatutan mesti diberi kepada orang tertentu. Apabila 'perjanjian' ini termaktub di antara kedua-dua belah pihak, barulah keadaan yang lebih selesa menjadi realiti.
Bandingkan pula dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa. Walau apapun kesalahan, dari sekecil-kecil hama sehinggalah yang sebesar-besar alam, tidak akan ada sebarang tindakan diambil.
Kalau ada suara bantahan atau usul supaya siasatan dijalankan, kerap-kali tindakan susulan akan memakan masa yang lama. Kadang-kadang kes itu tenggelam di dalam timbunan fail-fail kes yang semakin bertambah dan terus dilupakan. Kalau adapun tindakan selanjutnya, hukuman atau denda yang dikenakan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.
Peristiwa 13 Mei menyaksikan permulaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:
* mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
* mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak-seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Oleh kerana ada yang berpendapat DEB belum mencapai matlamatnya, ia digantikan pula dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Fokusnya masih hampir sama iaitu membasmi golongan miskin dan menyusun semula masyarakat. Dilihat sepintas lalu, banyak kejayaan telah dicapai semenjak penggubalan DEB dan DPN di dalam kedua-dua aspek ini, cuma banyak persoalan yang timbul kenapa setengah-setengah golongan sahaja yang mendapat faedah.

Di sinilah peranan 13 Mei sebagai suatu tarikh yang positif perlu diperkasa. Tarikh ini adalah titik tolak negara bercita-cita bertukar menjadi sebuah negara yang tersohor.
Setakat ini, tarikh tersebut telah disalahgunakan. Lebih banyak yang menggunakan tarikh tersebut sebagai peringatan tentang ketidaksamarataan yang masih wujud di kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara ini. Oleh itu mereka mahu DEB, DPN dan dasar-dasar lain diteruskan. Apa yang menyedihkan ialah penerusan dasar-dasar seperti ini tidak membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
Hakikat negara ini pada abad ke-21 ialah siapa yang kita kenal itulah yang lebih penting.
Usaha dan titik peluh sendiri tidak menjadi ukuran kejayaan. Akibat pemesongan pelaksanaan dasar-dasar yang sepatutnya membantu lebih ramai lagi yang layak, hanya segolongan kecil yang mencapai taraf seolah-olah di negara maju. Serpihan agihan yang sekelumit adalah untuk yang lain. Terimalah kerana sekurang-kurangnya diberi. Jangan pula memandai meminta lebih-lebih kerana hanya yang membantu pihak berkuasa kekal dalam istananya yang layak mendapat ganjaran.
Seorang penulis kepada akhbar New Straits Times (Nov 18), menyarankan kita lupakan sahaja peristiwa 13 Mei. Dia menyeru para pembaca tidak terperangkap dengan tindak-tanduk fanatik agama dan bangsa yang menggunakan tarikh itu untuk kepentingan politik mereka semata-mata dan melaga-lagakan rakyat. Memang benar. Tetapi tarikh itu tidak perlu dilupakan. Tarikh itu mesti dineutralkan.

No comments:
Post a Comment