Monday, June 27, 2011
Sekilas Dunia
AS gesa China reda ketegangan
HONOLULU: Amerika Syarikat kelmarin menggesa China meredakan ketegangan di Laut China Selatan melalui dialog.
Pegawai kanan Amerika, Encik Kurt Campbell, berkata pihaknya mengutarakan pendirian itu di sini semasa rundingan dua hala dengan China bagi membincangkan isu itu.
Menurutnya, Amerika ada kepentingan dalam memastikan rantau itu stabil dan aman. -- AFP.
Hadapi risiko dilanda penyakitCOTABATO (Filipina): Hampir setengah juta kanak-kanak yang hilang tempat tinggal ekoran banjir besar di selatan Filipina menghadapi risiko dijangkiti radang paru-paru dan cirit-birit.
Wakil Dana Pendidikan dan Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) di Filipina, Cik Vanessa Tobin, berkata sekitar 450,000 kanak-kanak antara mangsa banjir di pulau Mindanao sejak dua minggu lalu.
Ribuan lagi penduduk berada di pusat perlindungan di pulau Luzon ekoran ribut Meari yang melanda Manila dan wilayah sekitaran. -- AFP.
Nato nafi sasar orang awamTRIPOLI: Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (Nato) menafikan serangannya menyasarkan orang awam dan berkata peluru berpandunya mengenai sasaran yang digunakan tentera Libya bagi menyimpan senjata dan kenderaan.
Televisyen Libya berkata sebuah kedai roti dan restoran menjadi sasaran serangan Jumaat lalu, yang menyebabkan 15 orang awam terbunuh. -- Reuters.
Penerbangan dipulihBUENOS AIRES: Penerbangan ulang-alik ke ibu negara Argentina ini beroperasi seperti biasa semalam selepas ditunda akibat awan debu gunung berapi di Chile.
Namun, Uruguay masih tidak dapat beroperasi seperti biasa dan 12 penerbangan dibatalkan.
Sementara itu, syarikat penerbangan Australia, Qantas, akan hanya menyambung semula sebahagian besar penerbangannya ke New Zealand hari ini. -- Agensi.
Labels:
Dunia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment