Pages

Monday, April 23, 2012

Ibrahim: Anwar pernah rayu diberi peluang kedua...

NONE
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mendakwa bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepadanya agar berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecatnya dan beri peluang kedua menjadi timbalan perdana menteri.

Ibrahim mendakwa, pada tahun 1998, Anwar ada menelefon dan meminta datang ke rumah untuk berjumpa dengannya dan meminta beliau merayu kepada Mahathir agar diberi peluang kedua.

Menurut Ibrahim lagi, bagaimanapun, Mahathir memecat Anwar kerana perilakunya serta demi negara dan agama.

"Saya kenal Anwar dah lama. Dari tahun 1970-an lagi... Ada sekali tu, dia ada hubungi saya dan suruh ke rumah... Masa itu dia merayu supaya jumpa dengan Mahathir untuk bagi dia peluang kedua... jangan pecat dia...

"Tapi saya tak nak bersekongkol... Saya tak nak hipokrit," katanya dalam ucapan perasmian pelancaran kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) di Kuala Lumpur malam tadi.
Ibrahim berkata, TIBAI ibarat anak kandung PERKASA kerana penerajunya Muhammad Zahid Md Arip adalah ahli tertinggi PERKASA.
Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Menurut Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir MAS, dengan dakwaan berhubung kes liwat, maka Anwar bukanlah calon yang sesuai untuk menjadi perdana menteri.

Malah, katanya, masih ramai lagi calon lain yang mampu menggantikan Datuk Seri Najib Razak bagi kerusi itu.

"Kita tolak dia bukan sebab kita Umno. Tidak ada kena mengena. Tetapi demi negara dan umat Islam.

"Kita mesti konsisten. Ramai lagi pemimpin yang bersih yang boleh gantikan Najib. Mahathir tolak sebab perilaku Anwar. Dia tak boleh jadi perdana menteri. Kita akan buat pendedahan satu demi satu masa jelajah nanti.

"Akibat daripada tindak tanduk dia (Anwar), orang Melayu berpecah. Kerana dia, Melayu berpecah, DAP untung dan PAS hancur," katanya lagi.

2 comments:

Suzie Honey said...

kah kah kah.... memang tak sangka... amat mulia dan murninya niat Berahim Ali nak menyelamatkan negara dari Anwar Ibrahim...

tapi ye la pulak... Berahim ni memang suci lagi menyucikan...

weeiii... lawak maharaja lawak pun kalah kalau macam ni... hahahaha

Anonymous said...

raja katak makin sewel ketika puru 13 dah nak tiba .. pluang nak jadi calon makin tipis! klau tibai tak menjadi hang tubuh CIBAI lak brahing!

Posting Terkini