Lee Chong Wei |
Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei, sekadar meraih pingat perak acara badminton perseorangan lelaki Sukan Asia selepas tewas dalam tiga set kepada pemain China, Lin Dan. Lin Dan menang 21-13, 15-21, 21-10. Chong Wei telah berentap dengan Lin Dan dari China dalam final acara badminton lelaki di Jimnasium Tianhe di sini malam ini.
Chong Wei menjadi wira negara pertama sejak 30 tahun untuk layak ke final apabila menunjuk garang menewaskan juara dunia dari China, Chen Jin dengan 14-21, 21-15 dan 21-7 semalam.
Hari ini beliau akan bertemu lawan yang lebih hebat kerana Lin Dan, tiga kali juara dunia berjaya menumpaskan pemain Korea Selatan, Park Sung-hwan dengan mudah, 21-14 dan 21-10.
Chong Wei berikrar untuk menamatkan penantian lama pingat emas Sukan Asia sejak Punch Gunalan merangkul pingat itu pada sukan di Bangkok tahun 1970.
Malaysia menamatkan cabaran semalam dengan memungut empat pingat perak iaitu dalam acara sepaktakraw apabila sekali lagi tewas kepada Thailand dalam perlawanan akhir.
Dalam acara beregu lelaki badminton, pasangan nombor satu dunia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menyerah kalah dengan 16-21, 26-24, 21-19 dalam final kepada pasangan Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia.
Dua lagi pingat perak diperolehi melalui sukan layar Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan (Optimist) dan Khairunnisa Afendy-Norashikin Ahmad (acara 420 wanita antarabangsa).
No comments:
Post a Comment