Pages

Sunday, November 21, 2010

Sekilas Dunia


1.9 juta Al-Quran percuma untuk jemaah haji


JEDDAH: Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah menyediakan 1.9 juta kitab suci Al-Quran berserta terjemahan untuk diagihkan kepada jemaah haji pada musim ini.

Kitab itu akan diserahkan sebelum jemaah pulang ke negara masing-masing sebagai hadiah daripada Raja Abdullah.Ketua Setiausaha Kompleks berkenaan, Dr Mohammed Salem Al-Oufi, berkata setakat ini, sejumlah 30 juta kitab suci itu sudah diagihkan kepada jemaah sejak arahan supaya ia diberikan secara percuma kepada jemaah haji dikeluarkan beberapa tahun lalu. -- Agensi.

Angka korban kebakaran kini 58 jiwa


SHANGHAI: Angka korban kebakaran bangunan pangsapuri di Shanghai meningkat kepada 58 orang berikutan kematian lima lagi mangsa.

Mangsa yang terkorban termasuk 36 wanita dan 22 lelaki.

Siasatan awal mendapati kebakaran pada Isnin lalu itu disebabkan kecuaian pengimpal tidak bertauliah.Pengimpal tersebut menyebabkan jaring nilon yang dipasang pada bangunan 28 tingkat yang sedang diubah elok itu terbakar.

Kebakaran itu merupakan yang terburuk di China sejak kebakaran pusat beli-belah di Jilin yang meragut 53 nyawa pada Februari 2004. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini