Pages

Saturday, July 10, 2010

Piala Dunia: Fifa kemungkinan ubah peraturan

JOHANNESBURG: Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mungkin mengubah peraturan selepas penyerang Uruguay, Luis Suarez, menyelamatkan bola dengan tangan daripada masuk ke gawangnya yang melenyapkan peluang Ghana ke separuh akhir.

Suarez dilayangkan kad merah tetapi tindakannya dikecam kerana dilihat tidak adil.

Presiden Fifa, Sepp Blatter, kelmarin memberitahu perubahan itu boleh ditimbangkan dalam mesyuarat panel - dikenali sebagai Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa. Ia akan membuka perdebatan memberi pengadil bantuan teknikal membuat keputusan.

'Kami akan membincangkan teknologi garisan gol ini pada Oktober ini,' tegasnya.

Sebelum ini, Blatter telah menolak isu itu tetapi perkara ini timbul semula selepas England dinafikan gol yang mungkin mengubah permainan dalam perlawanan pusingan kedua dengan Jerman. -- AP.




No comments:

Posting Terkini