Pages

Sunday, July 11, 2010

Semak hukuman rejam wanita berzina

TEHERAN: Iran sedang menyemak hukuman rejam hingga mati terhadap seorang wanita yang didakwa berzina, kata seorang pegawai hak asasi, tetapi peguam wanita itu semalam memberi amaran tiada jaminan yang diberikan bahawa hukuman itu akan dihentikan.

Encik Mohammad Javad Larijani, seorang pegawai hak asasi Iran, kelmarin berkata keputusan rejam hingga mati terhadap Sakineh Mohammadi-Ashtiani sedang disemak pihak kehakiman, menurut agensi berita rasmi Irna.

Menurutnya, ketua pihak kehakiman Iran, Ayatollah Sadegh Larijani, berpendapat adalah lebih baik menggunakan hukuman lain daripada merejam 'dan ia juga benar bagi Cik Mohammadi-Ashtiani'.

Encik Larijani tidak mengatakan bentuk hukuman gantian. Beliau berkata 'hukuman rejam ada di bawah undang-undang tetapi para hakim jarang menggunakannya'.

Peguam bela tertuduh, Encik Mohammad Mostafai, semalam memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau belum menerima sebarang pengesahan rasmi mengenai semakan itu.

'Tiada jaminan ia akan dihentikan,' ujar beliau.

Kedutaan Iran di London dalam kenyataannya dilaporkan oleh akhbar The Times kelmarin sebagai berkata tertuduh tidak akan direjam hingga mati. -- AFP.





No comments:

Posting Terkini