Pages

Saturday, November 28, 2009

Sekilas Dunia

Didakwa kerana hina profesor

SEOUL: Sebuah mahkamah Korea Selatan semalam mendakwa seorang lelaki kerana menghina seorang profesor India dalam apa yang dilihat sebagai hukuman pertama di negara itu berhubung pernyataan perkauman yang dibuat terhadap seorang warga asing.

Lelaki Korea Selatan itu menggunakan kata-kata hinaan dan berkata 'Arab! Arab!' kepada Profesor Bonogit Hussain, 27 tahun, pada Julai lalu kerana berbicara terlalu kuat di dalam sebuah bas yang mereka naiki, kata Hakim Cho Chan-young. -- AP.

Komplot tipu melalui telefon

TAIPEI: Polis Taiwan semalam berkata mereka telah menangkap 23 orang berhubung satu komplot besar yang menipu melalui telefon sejumlah ratusan ribu dolar wang orang ramai di tanah besar China.

Para suspek itu didakwa mendapatkan butir-butir akaun bank dengan menyamar sebagai pegawai polis atau kakitangan bank dan firma telekomunikasi di tanah besar itu, kata Biro Siasatan Jenayah Taiwan semalam. -- AFP.

Mayat pelombong terakhir ditemui

HEGANG (Heilongjiang): Kakitangan pasukan menyelamat semalam menemui mayat pelombong terakhir yang dilaporkan hilang dalam kejadian letupan di lombong arang batu di timur laut China baru-baru ini.

Ini menjadikan jumlah kematiannya meningkat kepada 108 orang, kata pihak berkuasa penyiasat. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini