KOTA BAHARU - Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bersetuju supaya Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilantik Menteri Besar sebagaimana saranan Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa.
Sekaligus dengan sokongan itu, Mohd Amar secara tidak langsung menolak pemilihannya sebagai pengganti Menteri Besar Kelantan.
Beliau menyokong kenyataan Husam semalam bahawa Ahmad yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan sebagai pemimpin paling layak dilantik Menteri Besar Kelantan, jika Nik Abdul Aziz Nik Mat, melepaskan jawatannya.
Thursday, November 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment