Pages

Thursday, November 26, 2009

Ditembak ketika cuba menyamun stesen Petronas

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera di rusuk kiri akibat ditembak polis manakala rakannya ditahan ketika cuba menyamun sebuah stesen minyak Petronas di Batu Caves, pagi ini.

Dalam kejadian pada 9.30 pagi tadi, kedua-dua lelaki berumur 21 dan 24 tahun itu menyerang seorang pekerja stesen minyak berkenaan dengan bersenjatakan parang dan pistol mainan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bahawa seorang daripada suspek bergelut dengan mangsa berhampiran kaunter dalam kedai di stesen minyak itu manakala rakannya menyerang menggunakan parang.

"Ketika itu, seorang anggota polis yang sedang mengisi minyak melihat kejadian dan cuba membantu mangsa.

"Bagaimanapun seorang daripada suspek menyerangnya dengan parang menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan terhadap suspek," katanya.




No comments:

Posting Terkini