MANILA: Dua ketua tentera yang bertanggungjawab secara terus di wilayah selatan Filipina, di mana berlakunya pembunuhan beramai-ramai sehingga meragut 57 nyawa minggu ini dilucutkan daripada jawatan mereka hari ini, kata pihak tentera negara itu.
Jurucakap tentera, Romeo Brawner, berkata kedua-dua mereka turut diarahkan balik ke Manila untuk disiasat berhubung tindakan membabitkan kejadian pembunuhan, Isnin lalu.
“Ia berkuatkuasa hari ini, bagi memberi laluan kepada penyiasatan yang adil dan telus berhubung isu itu, susulan aduan mereka gagal menyediakan keselamatan yang diharapkan,” katanya. - AFP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment