KUALA LUMPUR, 30 Sept-- Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan akan memberi kemenangan besar kepada BN.
Beliau berkata ini kerana bekas menteri besar Negeri Sembilan itu merupakan calon paling popular di Teluk Kemang dan Bagan Pinang yang akan menjanjikan sokongan daripada penduduk di kawasan berkenaan.
"Isa orang yang dihormati dan saya yakin beliau akan dapat sokongan undi yang hebat dan boleh harapkan kemenangan besar kali ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan Arab Saudi ke-79 di sini hari ini.
Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 3 Okt ini manakala pengundian ditetapkan pada 11 Okt.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Malaysia kini dalam usaha untuk meningkatkan pelaburan dengan negara-negara di Asia Barat terutamanya Arab Saudi.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Cam no tak monang besar, undi talian hayat kan ada...UNDI POS...!!! semua org tahu bro!!!!
Post a Comment