Pages

Thursday, October 1, 2009

Lembu, kerbau dan kambing 'sertai' demo

SHAH ALAM: Kecoh lagi.

Selepas peristiwa perarakan 'kepala lembu' oleh sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam, satu bantahan melibatkan lebih 30 trak ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing susu pula diadakan.

Lebih 100 penternak meminta kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menawarkan bantuan bagi dua kawasan ladang ternak di Sungai Tua, Ulu Yam, yang dijejas banjir kilat akibat tanah runtuh di sebuah kawasan tanah haram lima hari lalu.

Kira-kira 10 penghantar susu yang menunggang motosikal juga menyertai bantahan itu.

Para pembantah menjadi marah apabila mereka gagal menemui exco kerajaan bagi pertanian, Encik Yaakob Sapari, dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. -- The Star.

No comments:

Posting Terkini