Upacara kebumi Michael Jackson ditunda lima hari
LOS ANGELES: Keluarga Michael Jackson menangguhkan pengebumian beliau selama lima hari sedang polis menyerbu sebuah farmasi dalam siasatan terhadap kematian mengejut beliau.
Pengebumian penyanyi Thriller itu akan dilangsungkan pada 3 September dan bukan 29 Ogos, iaitu hari ulang tahunnya yang ke-51. -- Reuters.
Rebut wanita: Lelaki gigit telinga 'musuh'
MISSOURI: Seorang lelaki Missouri didakwa menggigit hingga putus telinga seorang lelaki, yang merupakan kekasih wanita yang dicintainya.
Polis berjaya menemui cuping telinga mangsa berusia 23 tahun itu tetapi doktor gagal menyambungnya kembali. -- Agensi.
Ecstasy: Thailand tahan warga Singapura
BANGKOK: Pegawai Thailand menahan seorang warga Singapura di lapangan terbang Bangkok atas tuduhan menyeludup lebih 1,500 pil ecstasy yang disembunyikan di seluar dalamnya.
Peh Hock Hai ditahan kelmarin di Lapangan Terbang Suvarnabhumi setibanya dari Singapura. -- AFP.
Bom Lockerbie: AS, Britain kutuk sambutan 'wira'
LONDON: Pemimpin Libya, Encik Muammar Gaddafi, ditunjuk di televisyen bertemu seorang bekas ejen yang dibebaskan daripada hukuman penjara seumur hidup kerana pengeboman Lockerbie yang membunuh 270 orang pada 1988.
Saluran BBC memetik Encik Gaddafi sebagai memuji Scotland kerana membebaskan Abdel Basset al-Megrahi atas sebab ihsan ekoran barah teruk yang dihidapinya.
Amerika Syarikat dan Britain mengutuk apa yang mereka lihat sambutan kepulangan wira kepada Megrahi. -- Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment