KUALA LUMPUR: Tidak tahan dengan penderaan seksual serta kelakuan liar suaminya merupakan antara sebab utama mengapa Cik Farinnie Mohd Farid memohon fasakh daripada suaminya, Encik Elli Youseff Najem, yang sebelum ini mendakwa seorang jutawan dari Lebanon.
Cik Farinnie, 23 tahun, memohon fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini kelmarin selepas hampir setahun pasangan itu tidak tinggal bersama.
Encik Elli, 49 tahun, sebelum ini pernah menarik perhatian media di Malaysia setelah berjanji untuk menderma RM1.03 bilion ($422 juta) kepada Majlis Barah Malaysia.
Beliau juga mendakwa telah membuat pelaburan bagi pembangunan Lebanon lebih RM55.5 bilion.
Berdasarkan penyata tuntutan, Cik Farinnie mendakwa suaminya selalu melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap orang gaji termasuk mencabul, melakukan seks oral dan berjalan bogel di dalam rumah.
Encik Ellie dikatakan pernah memaksa pembantu rumahnya itu mencukur bulu kemaluannya dan memandikannya.
Kata Cik Farinnie, jika perbuatannya ditegur, defendan akan mengamuk dan mengeluarkan kekata kesat.
Beliau mendakwa defendan juga meliwatnya dan memaksa mengadakan hubungan seks walaupun ketika haid atau sedang berpantang.
Jika enggan, Encik Elli akan mengamuk dan memukulnya.
Encik Elli juga didakwa bertindak zalim dan menganiayanya dengan menarik rambut, menengking dan bergaduh tanpa sebab.
Cik Farinnie juga tidak tahan dengan sikap Encik Elli yang suka menipu untuk mendapatkan wang.
Selain itu, Encik Elli didakwa sering menghalang isterinya menunaikan solat serta memaksanya makan di hadapan khalayak ramai ketika Ramadan.
Menurut Cik Farinnie lagi, beliau menerima defendan sebagai suami kerana menyangka beliau seorang yang baik, tetapi selepas pernikahan, barulah beliau menyedari status bujang yang diikrarkan Encik Elli sebenarnya palsu kerana beliau sebenarnya mempunyai isteri di serata negara.
Wanita itu mendakwa Encik Elli tidak mengaku anak yang dilahirkannya adalah hasil perkahwinan mereka.
Pasangan itu, yang bernikah pada 6 Oktober 2005, dikurniakan dua cahaya mata yang berusia dua tahun dan setahun. -- Harian Metro.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment