BANGKOK: Pertempuran antara askar Myanmar dengan gerila pemberontak Kokang di wilayah Shan, timur laut negara itu, memaksa 10,000 penduduk melarikan diri ke wilayah China.
Ia mencetuskan kebimbangan bahawa perang secara besar-besaran boleh meletus, menurut laporan semalam.
Menurut kumpulan Kempen Amerika bagi Burma (USCB) yang berpangkalan di Washington, pertempuran berlaku kelmarin, sekali gus mencabul buat pertama kali gencatan senjata yang berjalan selama 20 tahun.
Lebih 10,000 pelarian dilaporkan menyeberang masuk ke bandar Nansan, di wilayah Yunnan, barat daya China, selepas junta tentera Myanmar menghantar askar ke kawasan yang ramai penduduknya berketurunan Cina.
Seorang polis Myanmar dilaporan terkorban dalam pertempuran itu, kata USCB.
Menurut laman web yang dikendalikan wilayah Yunnan (http: www.yunnan.cn) di China, pertempuran berlaku kelmarin menyebabkan 10,000 penduduk melarikan diri ke wilayah China.
Pelarian kini ditempatkan di sebuah kem sementara dan diberi makanan serta rawatan perubatan oleh para pegawai China, lapor agensi berita Xinhua.
Media setempat semalam melaporkan kemasukan pelarian masih terus berlaku, tetapi bilangan mereka sukar dianggarkan.
Kini, satu lagi kumpulan etnik, Tentera Bersatu Wialayah Wa, dilaporkan menyertai gerila pemberontak Kokang menentang junta Myanmar, kata editor Shan Herald Agency for News, Encik Khuensai Jaiyen. -- AFP, Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment