KUALA LUMPUR: Pusat bandar raya sesak sejak pagi ini dipercayai kawalan ketat polis ekoran rancangan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang mahu menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang tengah hari ini.
Kira-kira 100 orang yang menyertai program Rakyat Pengayuh Perubahan anjuran kumpulan itu telah menjadi tumpuan sejak sebulan lalu.
Hari ini mereka mahu menyerahkan memorandum di bangunan Parlimen pukul 12 tengah hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku "apa-apa perkara".
"Kita tengok dulu. Bagi kami peluang untuk bekerja," kata beliau yang enggan mengulas lanjut.
Kumpulan ini menuju ke Parlimen dengan mengayuh basikal.
Pihak polis telah pun mula mengawal pintu masuk ke Parlimen sejak pukul 7 pagi tadi bagi tujuan keselamatan.
Semalam, seramai 120 peserta program itu telah menyerahkan satu memorandum mengandungi enam tuntutan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Ia sebahagian daripada rancangan kumpulan itu menyerahkan kepada kerajaan-kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan sejak sebulan lalu.
Polis telah pun menahan 57 orang termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana progrma itu di sekitar Sungai Choh, Rawang, Isnin lalu.
Antara yang ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr, D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment